Salam…selamat menghampiri penghujung bulan April.bulan yang menyaksikan saya berganjak dari angka 23 ke angka 24..tapi masih kiut dan

hensem seperti ketika angka 17..hmm..selepas April ialah Mei…selepas itu Jun dan seterusnya Julai dan seterusnya pula bulan kemerdekaan

pada Ogos..OK, takde kaitan langsung…Entri kali ini ialah berkaitan dengan perkataan bustani…apakah yang korang imagin bila ternampak

perkataan bustani? adakah anda imagin seperti di bawah? .

(bus+petani= bustani?)

(bus+petani= bustani?)

Oh, bukan…jika itu yang anda bayangkan, maka bukan itu yang saya maksudkan..bustani ialah nama sebuah hotel…ye..hotel…Hotel Bustani,

Jitra, Kedah.. 20 minit dari UUM..Apakah hal nya dengan Hotel Bustani ni? Hotel bustani adalah antara hotel terbaru yang ada di jitra..ye terbaru…hotel ini 2 tingkat sahaja..berapa bilik saya tak kaji lagi…so, buat kali kedua, apakah halnya dengan Hotel Bustani ni?

Hotel Bustani ni ialah lokasi di mana satu bengkel (dalam bahasa inggeris workshop) mengenai cara-cara membuat propasal FRGS telah diadakan…Nama bengkel tersebut dinamakan sebagai BENGKEL PENJANAAN PROPOSAL FRGS FASA 2/2010. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mengenalpasti kekurangan proposal yang di’reject’ dan melakukan proses menambahbaik proposal-proposal frgs yang sebelum ni telah di’reject’ oleh pihak Kememterian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT).

Wait…sebentar…apa itu menatang alah ber’shor-form’kan dengan alphabet FRGS itu? Adakah sejenis karipap yang mahal? tidak.ianya bukan karipap..FRGS adalah singkatan kepada Fundamental Research Grant Scheme. FRGS ni antara skim yang menawarkan geran2 yang sangat dikejar2 oleh ramai Professor, Penyelidik Universiti dan juga Lecturer2 di universiti2 tempatan bagi menjalankan penyelidikan. Senang cerita, ianya merupakan geran yang boleh memberi geran berupa duit sehingga beratus ribu Ringgit Malaysia. iya…beratus ribu…bukan geran tanah dan juga bukan seperti skim cepat kaya atau skim piramid yang banyak memerangkap orang itu..bukan…Hmm…senang tak nak dapat geran tu? senang saja..memang senang nak download borang FRGS dari laman web KPT itu, tapi bila masuk part nak mengisi borang tersebut, waduh…punyalah kompleks..kompleks disini bermaksud susah, bukan pertama kompleks di KL atau pun Kompleks Aik Aik di Teluk Intan..

Antara yang dijemput of-course lah my research supervisor, Assoc. Prof. Fadzilah Siraj (PFS). PFS telah meng’apply’ sehingga 5 tajuk penyelidikan. Tapi yang sedihnya, hantar 5 borang yang dapatnya lulus hanyalah……TIADA..iya…satu pun tak sangkut..!

Gila ah…1st time dalam banyak-banyak kali PFS tu apply FRGS tak sangkut even 1…memang beliau sangat kecewa ketika itu…ketika di tanya kepada seseorang ahli panel pemilihan yang rapat dengan beliau, beliau diberitahu mungkin antara faktornya ialah, salah masuk kategori…apakah hal nya dengan salah masuk kategori?? pada awalnya PFS letak semua research beliau di bawah kategori Sains Gunaan, tapi mengikut panel tersebut sepatutnya di letakkan dalam kategori Kejuruteraan..kerana dalam sains gunaan sudah terlalu banyak research dalam bidang soft-science ni…so, banyak persaingan..tengok, salah masuk kategori pun nak jadikan kes..mula2 tu terfikir, agak2 la nak masuk dalam kejuruteraan…tapi bila difikirkan balik, betul apa yang panel tersebut katakan…kerana tajuk2 research PFS memang geng2 dari bidang kejuruteraan tak ada buat lagi…untuk makluman, di UUM, tiada course kejuruteraan ye..tu pasal tak pernah terfikir pun nak masuk kategori kejuruteraan..asyik-asyik sains gunaan atau pun pendidikan..

Ok, sudah jauh saya encarut..balik ke topik bustani ni..so, bengkel ni start semalam lagi (27-4-2010, selasa). tapi semalam saya tak pergi pasal saya rasa adalah lebih baik saya duduk di bilik PFS untuk menyiapkan kerja-kerja saya meng’extract’ data bunga-bunga cinta saya

tu…actually bunga-bunga Malaysia. dan yang pergi semalam adalah PFS, Megat & Huda..Tapi petang semalam,dalam pukul 5.30 ptg, saya dapat mesej dari Shahrin, dia sms dalam capitalize font..

Shahrin: MEGAT BAGITAHU YG PROF AJAK KITA BDUA DTG ESOK. KO NAK P TAK?.
Saya: k.

So, oleh kerana semalam saya tak pergi, maka bagi menjaga hati seorang yang bergelar supervisor projek master, maka saya setuju untuk pergi

memandangkan kerja saya yang semalam pun dah setel..setel untuk hari tu je…banyak lagi yg tak setel..hehe…

Harini (28-4-2010, Rabu) saya pergi la ke Bustani Hotel tu..bertolak dari UUM pukul 830 pagi dengan megat & huda. soalan pertama sekali

muncul dari mulut saya kepada mulut megat…Depa ada bagi makan tak??..haha…

Sampai kat hotel tu pkul 9..terus cari meja yang ada extension, terus bukak layari internet dengan kelajuan 45Mbps.pada kelajuan ini Facebook memang memerlukan 30 saat untuk loading..lepas tu pukul 10 makan pagi…donat saya bedal adalah dekat 4 ketol…lepas tu buat kerja+surfing, pukul 12 makan lagi…wah, makan tengahari buffet hotel memang best la..tambah2 lagi tak perlu bayar…nah kau..ambik lauk smpai penuh pinggan.lepas tu perut full…bila perut dah penuh maka mata

pun akan menjadi semakin kecil..nak pulak dalam aircond..pergh…memang mata takleh tahan dah..ada la 2 3 kali tertidur dengan gaya yang konon2 orang lain dalam dewan seminar hotel tu tak nampak…nasib baik tak buat gila dengan tidur bawah meja.lepas tu pukul 3.30 ptg, makan lagi…kali ni kek2 bernilai RM1 yang pelbagai perisa pulak.ada perisa oren+kiwi kasut, ada perisa bluebery CSL+coklat dan ada juga perasa coklat+gula2…wawah…ko ni keje makan je memenuhkan perut…rasanya kat bengkel tu lebih bnyak makan. hehe…

Bengkel tu memang memenatkan.serius penat.walaupun tak bnyak bergerak, tapi ianya tetap memenatkan.penat berdiskusi bagi memperelokkan balik proposal tu..bukan kerja senang beb…hanya 1 proposal je dapat disiapkan hari ini..tu pun last minute ada ruangan yang kena revise balik..aduh…ingat dah siap dah..pukul 5 kitorang terpaksa berkemas kerana pihak pengurusan hotel nak pakai dewan tu untuk event malam nanti..mereka menggunakan psikologi dengan cara masuk beramai2 sambil menyapu2 lantai, mengelap2 cawan, vakum2 lantai dan juga paling drastik, mereka mencabut plug karen! gile ah psiko..

Apa yang saya nampak, tujuan mereka adalah untuk memberi tips macam mana nak buat proposal yang boleh mendapatkan geran..pada fasa pertama

permohonan FRGS, hanya 38 saja yang dapat…yang apply adalah dekat 70 kot..kot…saya tak tau angka sebenar yang apply. 38 tajuk yang dapat tu total up geran tersebut untuk UUM bagi fasa pertama ialah RM 1.4 juta..dan fasa kedua ni harapnya lebih banyak research dari UUM akan dapat geran tu.terutamanya tajuk yang ada nama saya..hehe..so ada la sedikit wang nanti…

Ok semoga berjumpa di lain entry…bye2… XOXOXOXOX

p/s: saya tak tau apa yg dimaksudkan dengan XOXOXOXO tu…
Oh ye…kalau sapa2 rasa nak try dok kat Hotel Bustani ni, boleh la ke http://www.bustanihotel.com ye…

Advertisements