Ada apa dengan bustani??

Leave a comment

Salam…selamat menghampiri penghujung bulan April.bulan yang menyaksikan saya berganjak dari angka 23 ke angka 24..tapi masih kiut dan

hensem seperti ketika angka 17..hmm..selepas April ialah Mei…selepas itu Jun dan seterusnya Julai dan seterusnya pula bulan kemerdekaan

pada Ogos..OK, takde kaitan langsung…Entri kali ini ialah berkaitan dengan perkataan bustani…apakah yang korang imagin bila ternampak

perkataan bustani? adakah anda imagin seperti di bawah? Baca lebih mendalam

Alah..kalah penalti je pon (part 1)…

Leave a comment

Haha….setelah sekian lama saya tak update menatang alah ni, ni malam ni saya update ye..berkisarkan kepada peristiwa yg berlaku beberapa minggu lepas….berapa minggu lepas puny cerita baru nak share sekarang..takde mood and bnyak keje lain nak buat sebenarnya..

Haha..cerita ini adalah berkisarkan kepada Final Piala FA 2010 antara kedah vs n9…oleh kerana darah kedah mengalir laju dalam badan saya ini, memang la saya sapot kedah..dari dulu lagi…

Ok, setelah Syafik Jamal menjaringkan gol ketika semi final piala fa di alor setar aritu,di mana gol tersebut telah menjarakkan agregat kepada 4-0, maka dalam hati sy bersorak keriangan seperti budak mental retarded “Yippi…buleh p bulkit encik jalil…”.Memang niat ke bukit jalil tu berkobar2…siap pasang plan nak p sorang2 nek keretapi…tapi lepas 2 hari, saya seakan2 berubah fikiran kerana mengenangkan keadaan ekonomi poket dan wallet saya tak berapa mengizinkan, maka hanya rasa, “Ah, tengok kat tv je lah…”.. keesokan harinya, selasa kot, si zaim call…

Zaim: Bro, hg nak p stedium x? kita tong2…byr 75hengget ja

Aku: Hmm….hmmm….hm…..hmmm……OK, clear…aku ikut

Haha…tudia…tak pikir panjang dah…terus je ON..padahal duit mmg tak berapa ada…macam mana pon mesti kene g jugak….Last sekali masuk stadium nasional bukit jalil adalah pada 6 tahun lepas, ketika itu Final Piala Malaysia 2004 di mana Kedah kalah kepada Perlis, 1-0 hasil dari lontaran puaka pemain perlis yang berasal dari jitra, Kedah,  iaitu Andrian Jurad Chamrong. Ah, biarkanlah..itu cerita 6 tahun lepas…tahun ni aku yakin kedah akan menang piala fa tu..yakin la pasal masa tu kedah punya performance dari segi persefahaman dan teknikal boleh di kira OK..

kitorang bergerak ke KL pada hari jumaat selepas semayang jumaat..bersama aku dan zaim ialah kawan Zaim, Apit dan juga kawan Apit yang baru aku kenal, Ucop. Ucop adalah warga kuala kangsar perak yang bekerja di Majlis perbandaran Alor Setar (kalu tak silap).

Selepas bertakruf lebih kurang, kami bergerak la dengan myvi zaim tersebut. dalam perjalanan kami singgah di Seberang Prai untuk bertemu dengan rakan sekejra zaim dan apit, bernama sharmila…bukan sharmila kaur…tapi sharmila ape tah…eh sekejap, siapa dia sharmila kaur tu? macam pernah dengar…saya pakai petik saja nama sharmila kaur itu…hehe..

Pertemuan dengan sharmila diadakan di Nasi Kandar Pelita..sharmila kata, U all order je apa u all nak makan, i belanja u all….Silap la si sharmila cakap macam tu…saya ni memang jenis suka  mengorder benda yang memang mahal juga hidangan yang saya order petang tu, iaitu nasik putih kuah banjir dan ayam goreng seketol…haha….mahal bukan? untung siapa yang suka belanja saya ni…kerana sy tak reti nak ambil lauk se[erti udang besar, sotong saiz tikus, dan juga kepala ikan saiz kepala budak….

Ok, pertemuan dengan sharmila berlangsung dengan penuh sopan di mana setiap kali apit dan ucop buat lawak, maka kami berlima akan gelak dengan sekuat ati kitorang sehingga tersembul2 air liur ke lantai dan menyebabkan customer lain membaling kerusi ke arah kitorang…itu tipu..hehe…ape benda yg apit, zaim dan sharmila bincangkan tu saya tak ambil port kerana terlalu asyik menonton ulangan champion league di antara barcelona dengan arsenal. maklum lah, nak tengok malam sebelum tu terlalu khusyuk study dalam tidur..

Ok, abis saja perbincangan yg tak memberi kebaikan kepada aku dan usop, maka kami ber4 lari meninggalkan sharmila sorang2 di pelita tu…terus memecutt ke KL. dalam kereta berlaku perbualan seperti kat danok area mana yang best, antara danok dan patpong mana lagi best..perbualan berkisarkan danok hanya ucop yang tahu kerana dia sering ke sana atas urusan kerja…bagi siapa yang tak tau apa itu danok, danok adalah wilayah di selatan thai yang menjanjikan nikmat syurga sementara di dunia seterusnya api di neraka besok akan menjadi semakin panas…hehe….

Seerusnya perbualan berkisar, di mana kita nak tidoq malam satgi? maka ucop berkata kita tidoq umah member aku kat sri damansara…member aku tu budak indie…band dia Romancesa..

OO..Romancesa yang hot dengan lagu yang setakat ini diputarkan di Xfm Saja ti..apa nama lagu tu tah..

Tapi menurut ucop, kawannya selaku vokalis Romancesa tiada di rumah pada hari tersebut….makanya, rumah kawan ucop tu tiada orang..maka bolehlah kami berparti buih di rumah kawannya itu…

Samapi di sri damansara area 10 malam, kami pergi makan dulu sebelum ke rumah kawan ucop..makan di sebuah restoran yg nmpak macam restoran mamak, tapi, macam tak berapa mamak..yang pasti bukan restoran Melayu..aku order roti kosong aka roti canai…aku order 1, dia bagi aku dua..tau satu keping berapa? 2 hengget….wah…kalu kat changlun baru 6 kupang ja…

bersambung….


Tak berupdate?

Leave a comment

Nanti2 lah saya update….

Petua untuk mendapatkan tidur yang baik

Leave a comment

Mengantuk ni ialah masalah yang biasa terjadi, tak kiralah siapa..kanak2 tadika, pelajar sekolah, mahasiswa, guru tadika, pak guard, pemandu lori, tukang taip surat dan sesiapa saja akan rasa mengantuk, terutamanya ketika buat kerja masing2.. Samalah seperti saya…saya akan rasa mengantuk kalau buat kerja yang berulang2, selepas makan nasik di waktu tengahari, ketika asar dan selepas pukul 12 malam..

Di sini saya akan berkongsi beberapa petua untuk mengatasi masalah mengantuk.. …. -Baca lebih mendalam>

Anda diminta ke UK…..

Leave a comment

Pergh…..entri kali ni memang agak thrill…thrill la pada saya..saya rasa thrill..hari ni, isnin 1 mac 2010 merupakan hari thrill saya bulan ini..wah…awal2 bulan dah rasa thrill…ape yang thrill sangat tu? teruskan membaca….. -Baca lebih mendalam>

Dan Hasmah pun sudah….

2 Comments

Well….minggu ni adalah cuti Raya Cina merangkap cuti midsem untuk kanak2 di university…tapi saya hanya cuti untuk beberapa hari saje kerana cuti lama2 pun tidak berguna kepada diri saya..heheh..
Ok,Sabtu sudah, saya dan rakan2 ke kenduri geng kitorang di UUM, iaitu Hasmah… Baca lebih mendalam

MTE 2010

Leave a comment

Haup….lama tak update…busy ya amat….ni pon baru balik dari KL…ada exhibition kat Malaysia Technology Expo di PWTC. pergh…penat beb….

Baca Lagi

Older Entries